commercial vehicle insurance permanent life insurance medical insurance quotes online car insurance cheap car insurance quotes car insurance online quote insurance online level term life insurance health insurance comparison how much is car insurance travel health insurance pet health insurance quotes on cars health ins travel insurance uk quote for car insurance get insurance quote online disability insurance quote temporary health insurance temporary insurance rental car insurance cheap health insurance auto insurance compare third party car insurance buy health insurance auto insurance quotes debit card
Luahan Adik Benjy Menyentuh Hati | Agan-aganmwati

Luahan Adik Benjy Menyentuh Hati

LUAHAN anak perempuan Allahyarham Azean Irdawaty iaitu Elza Irdalynna berhubung hukuman penjara selama 11 tahun dikenakan terhadap pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atas kesalahan memiliki dadah menyentuh perasaan apabila dia memberitahu tetap menyayangi abangnya itu.

Luahan Adik Benjy Menyentuh Hati
Luahan Adik Benjy Menyentuh Hati - Benjy dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun atas kesalahan memiliki dadah

Elza menerusi kenyataan terbuka di Twitter berkata, Benjy tetap darah dagingnya walaupun abangnya itu telah melakukan kesalahan dan sebagai adik dia tidak menghukumnya kerana perbuatan itu.
“Saya tidak menghukum Ben (panggilan untuk Benjy) kerana kesalahannya. Saya sayangkannya sebagai abang. Saya maafkan dia sebagai keluarga saya.
“Dia masih mempunyai masa yang panjang untuk menebus kesalahannya dan sebagai adik saya akan tetap berada di sini sehingga ke akhirnya,” tulis Elza.

Luahan Adik Benjy Menyentuh Hati

Elza tetap menyayangi abangnya walau apapun yang terjadi. Foto Fail BERNAMA
Benjy Meringkuk 11 Tahun Dalam Penjara
Pada 18 Oktober lalu, Benjy, 38, dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah jenis methaphetamine.
Benjy turut dikenakan denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) atas kesalahan itu.
Dia ditangkap pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara pada 18 April lalu.
Dalam pada itu, Elza turut mengingati peristiwa apabila Benjy sebagai seorang abang yang banyak berkorban demi menjaganya dan adik mereka, Inessa Irdayanty ketika mereka masih kecil.

Luahan Adik Benjy Menyentuh Hati
Luahan Adik Benjy Menyentuh Hati

Luahan Elza mengenai abangnya di Twitter menyentuh perasaan.
“Dia adalah abang yang menjaga saya dan adik ketika ibu bapa kami keluar bekerja. Sejak kecil dia sentiasa menjadi ketua keluarga dan berkorban masa bersama rakan-rakannya demi menjaga kami.
“Ben, untuk semua kelemahan dan keputusan yang salah, tetap abang saya. Dia mempertahankan apabila saya memerlukannya, dia adalah pelindung adik-adiknya.
“Saya rasa lebih berani apabila tahu dia adalah abang saya. Ben, untuk kesalahannya, dia tetap ahli keluarga saya.
“Tidak kira berapa tahun, bukan 14 atau 11. Ia tidak akan memisahkan ikatan kami adik-beradik,” katanya lagi.
Sumber: Mstar
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==